hani.com

tips niaga l masyarakat l perniagaan internet l isu semasa l


Imam Solat. Panduan Memilih Calon Suami

Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai satu-satu cara yang halal untuk perhubungan diantara lelaki dan wanita selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia.

Sebelum berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana ciri ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya samada pada sudut kefahaman agama, akhlak ,kecantikan, harta dan keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : “seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya.

Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya”. Manakala dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam Muslim : “Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah”.

Nabi s.a.w menyarankan kepada lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang lelaki sebagaimana yang telah digariskan oelh Islam iaitu seorang yang bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : “Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini”. Diingatkan kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah ‘cair’ dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan anda. Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh diibarat sebuah ‘negara kecil’. Suami adalah ibarat Perdana Menteri dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang ‘Perdana Menteri’ yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu dalam memilih lelaki yang bakal lelaki yang menjadi pemimpin dalam sebuah ‘negara kecil’ anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat bacaan kuat(subuh, maghrib dan isyak) kerana pada solat yang bacaan jahr(kuat) ini pelbagai perkara yang dapat dinilai terhadap diri seseorang lelaki. Pertama, pada sudut kepimpinan dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan solat(diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah. Kebanyakan lelaki ‘takut’ untuk mengimamkan solat yang Jahr(subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al Quran. Ramai dikalangan lelaki yang ‘penakut’ ini lebih sanggup untuk menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya dengan ’tiltle’ seorang imam. Kita semua tanpa mengira lelaki atau perempuan sudah tentu menginginkan pasangan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. Adalah diingatkan, janganlah terlalu memilih dan mencari yang terbaik sebaliknya jadikan diri kita dahulu seorang yang baik, berakhlak mulia dan soleh atau solehah kerana Allah telah  menjanjikan yang baik adalah untuk mereka yang baik.

Jangan terpedaya dengan kecantikan atau ke’handsome’man semata-mata kerana cantik atau tampan seseorang tidak akan kekal hingga ke akhirnya. Nanti kalau uban dan berterabur, pipi dah kendur, gigi pun sudah gugur, mata dah kabur dan berjalan pun hampir nak tersungkur hilanglah segala kecantikan dan ketampanan yang ada. Begitu juga dengan keturunan dan harta yang tidak akan kekal selamanya. Pilih yang beragama serta berakhlak mulia kerana akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga.”

No Comments

Sesungguhnya Beruntung Bagi Orang Yang Berusaha

Selepas cuti sekolah saya sibuk untuk menyiapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Bagi yang sibuk bekerja tidak merasa sangat atau pandangan masing-masing. Ada yang kena buang kerja akibat ekonomi yang tidak menentu sehingga ada yang terpaksa menutup syarikat.

Dalam masa sekarang kita perlu cepat mencari peluang untuk menambah pendapatan diri dan keluarga. Bukankah berniaga punca rezeki yang paling baik. Kita semua tahu dalam hadis nabi ada menjelaskan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Adakah anda berfikir berniaga boleh memberi kerugian kepada kita.

Kita boleh lihat orang-orang cina. Mereka sebenarnya bukan ahli perniagaan, tapi kenapa kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga. Mereka datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Bagaimana pula dengan orang kita, orang melayu yang dikatakan tidak boleh tengok orang lain senang. Ada perasaan irihati yang tidak berkesudahan. Usaha tak mahu tapi dengki melihat kejayaan orang lain. Saya rasa sikap kita yang tidak mahu membuat perasaan busuk hati ini akan berpanjangan sampai kiamat.

Perniagaan internet adalah perniagaan yang paling mudah memberi pendapatan kepada orang Melayu. Saya juga berminat untuk menceburi bidang ini dan ingin menjadi seperti mereka yang sudah berjaya dalam mencapai impiannya. Saya harap anda tidak merasa bosan jika apa yang ingin saya jelaskan ada bersangkutan dengan Pay Per Lead. Bila saya tawarkan untuk berkongsi rahsia Pay per lead dan menikmati bersama bonus yang akan diterima, apa yang saya dapat balasan hanya alahai RM1 je ke? Saya ada join MLM dah dapat RM12k. Dia tak nampak kalau kurang RM1 boleh jadi je RM12k. Kalau taknak pun xpayah sombong nanti Allah tarik balik rezeki RM12k baru tau. Kalau malas nak ajak orang, tolong saya yang berminat. Apa salahnya. Bantu membantu.

Bagi yang rajin berusaha pula keuntungan tetap ada walaupun sedikit. Saya cuma nak bagi tahu kalau tak keluar RM1 tapi dengan pendaftaran percuma ada pada pay per lead sudah mencukupi. Saya tak mahu la tulis lebih-lebih macam duit tak dak sangat. Terpulanglah pada anda sendiri sama ingin mendaftar atau tidak. Kalau berminat sila klik banner di sebelah kanan Pay Per Lead. Bantuan andamelalui pendaftaran amat dihargai.

No Comments

Kuasa Viral Facebook

Tanpa trafik, anda bagai kehilangan nyawa anda !! Kuasa Viral Facebook akan bekalkan anda limpahan trafik tanpa kos berulang.

Anda sudah saksikan video di atas? Bukan saya sahaja yang berpendapat bahawa Facebook merupakan laman sosial networking yang boleh menjana keuntungan untuk kita, malah syarikat besar seperti Maxis pun mengambil kesempatan dengan kehebatan Facebook. Maxis telah melancarkan penggunaan Facebook Mobile untuk semua pengguna Maxis kerana pada masa ini, hanya Maxis sahaja yang menawarkan kelebihan ini. TETAPI saya percaya, tidak lama lagi kesemua network provider seperti Celcom, Digi dan Umobile akan menawarkan servis Facebook Mobile. Wah! Semakin ramailah pengguna Facebook nanti!!

Dapatkan sekarang juga. Komisyen akan diberikan kepada anda jika mendapatkannya hari ini. Berikan bukti pembelian hanya dari link ini. Klik di sini untuk dapat komisyen RM5.

1 Comment

Tips Perniagaan

Hari ahad yang lalu saya telah menghadiri kursus kewangan kerana saya adalah guru kafa merangkap penolong kanan sekolah. Penceramah kursus tersebut ada mencadangkan pihak sekolah untuk membuka kedai seperti kedai runcit. Sesuatu yang bagus dilakukan jika ingin meningkatkan kualiti dan pendapatan sekolah.

Dalam perniagaan kita perlu pandai menjadikan perniagaan satu keseronokan hingga dapat memberi keuntungan yang berganda. Kebijakan kita dalam perniagaan dapat melariskan barangan kita. Mencari ilmu perniagaan dalam melariskan perniagaan kita. Di sini saya ingin memberi contoh untuk anda berfikir untuk pergi lebih jauh lagi dalam perniagaan.

Katakan saya memberi 20 botol minyak wangi kepada setiap 10 orang  dengan jumlah sama banyak untuk menjualnya. Saya memberi tempoh masa 20 hari untuk menghabiskan jualan tersebut. Sesiapa yang dapat menghabiskan jualan dalam tempoh masa yang diberikan akan menerima bonus tambahan.

Setelah masa yang diberikan telah tamat 10 orang ini akan dipanggil untuk melihat hasil yang diperolehinya. Dari 10 orang tadi, ada yang telah habiskan jualan, ada yang dapat jual 15 botol , 12 botol , 8 botol dan ada juga yang hanya dapat jual 1 botol.

Apa kesimpulan yang anda dapat dari contoh di atas. Orang yang berjaya habiskan jualannya adalah kebijaksanaannya. Di sini saya mahu tanya anda, jika anda meminati satu perniagaan, ilmu amat penting dalam perniagaan. Ada perniagaan yang memberi keuntungan sikit dan ada yang banyak. Apa yang penting di sini adalah minat.

Saya meminati perniagaan prepaid. Sambil itu saya mencari perniagaan internet tanpa modal seperti Pay Per Lead. Tidak kira dapat bonus sikit atau banyak yang penting usaha kita mendapat bonus. Kalau kita kurang mampu mendapat minima yang ditetapkan, tetapi kita boleh cuba untuk melihat sejauh mana kemampuan kita. Untuk mendaftar memang tidak memerlukan modal tetapi apa salahnya kita mencuba mengeluarkan sedikit modal. Dari situ kita boleh melihat bajet kita berapa yang dapat. Biasanya banyak laman web dan blog menawarkan pengiklanan yang mempunyai trafik yang tinggi, situ kita mendapat peluang untuk melihat berapa statistik yang kita perolehi melalui iklan dilaman web tersebut.

Jadi sekarang, saya nasihatkan jangan terlalu memilih bonus yang tinggi yang kebiasaannya kita perlu modal yang tinggi dalam MLM. Pay Per Lead adalah jalan pertama sebelum anda memulakan perniagaan pertama. Bila ada modal barulah anda boleh menjalankan perniagaan yang memerlukan modal. Atau terpulang kepada anda sendiri dalam pemilihan dalam sebuah perniagaan.

1 Comment

Kenduri Kahwin Sederhana Elak Dipandang Serong

Jangan cemari sesuatu majlis dengan perkara bercanggah dengan syariat Islam

AMAT sinonim dengan musim cuti persekolahan, masyarakat akan mengambil kesempatan mengadakan walimah atau kenduri kahwin. Ada yang menerima undangan dua hingga tiga jemputan pada hari tertentu. Di bandar besar atau desa terpencil, kenduri kahwin ini akan berlangsung dalam suasana cukup meriah tanpa mengira kecil atau besar sambutan mengikut kemampuan ekonomi sesebuah keluarga.

Kemeriahan akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak saudara dan sahabat handai sama ada dekat dan jauh untuk turut sama menyerikan lagi majlis.

Anas bin Malik dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim Rasulullah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isterinya dan juga untuk Zainab. Jelas dari mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah diharuskan oleh agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam salah sebuah kitabnya, menerangkan walimah dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaud menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu lain.

Ini bermakna, walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan oleh pihak keluarga yang mengadakan walimah, itu terpulanglah kepada kemampuan yang dimiliki. Tetapi yang ingin dijelaskan dari kisah itu, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin untuk mengumumkan kepada masyarakat suatu ikatan pernikahan berlangsung dalam keluarga.

Dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat. Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan kemudian, melakukan pembaziran wang ringgit dan harta benda, membuat pinjaman bank dan berhutang dalam jumlah ringgit yang besar semata-mata kerana menurut nafsu dan keinginan yang melampau dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Sudah menjadi budaya masyarakat, bila saja orang daripada golongan mewah dan kaya, apabila mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali yang mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Bukhori bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya saja, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.”

Daripada aspek memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula Rasulullah menyatakan dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Bukhori bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, hendaklah ia mendatangi majlis itu.”

Dalam kitab ditulis Syed al-Bari ada menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain meliputi perkara berikut:

  • Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.
  • Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.
  • Orang yang mengundang beragama Islam.
  • Tidak ada kemungkaran di majlis itu.
  • Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran Syarie.

    Dalam membicarakan soal maksiat dan kemungkaran dalam majlis perkahwinan, isu inilah yang sering tidak diambil perhatian berat ramai anggota masyarakat.

    Oleh kerana majlis diadakan bertujuan mendapat keredaan Allah, usahlah dicemari dengan perkara bercanggah dengan syariat Islam. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, pertuturan yang keji dan lucah, nyanyian dan tarian yang melalaikan, senda gurau melampau adalah contoh beberapa situasi yang sering berlaku dalam majlis kenduri kahwin.

    At-Tirmizi meriwayatkan hadis Rasulullah bermaksud: “Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.”

    Dari mafhum hadis itu, hendaknya sama-samalah kita menepati kehendak sebenar syariat Islam apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan supaya ia tidak tercemar dengan unsur ditegah agama dan melanggar ketertiban budaya orang Melayu.

    Abu Hurairah dalam hadis Rasulullah menyatakan tempoh mengadakan kenduri kahwin yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah adalah pamer dan mencari kemasyhuran.”

    Dalam hadis di atas Rasulullah menyatakan pula keharusan mengadakan kenduri kahwin dengan sikap berpada-pada apabila supaya ia tidak dipandang serong oleh orang lain. Cukuplah jika ia diadakan sehari dua bagi memenuhi tuntutan kehadiran tetamu yang barangkali tidak sempat hadir pada hari yang ditetapkan.

    Apapun Islam menuntut umatnya bersederhana dalam melakukan apa saja perkara dalam kehidupan ini kerana kesederhanaan itulah yang dituntut oleh agama.

  • 1 Comment

    Apa Dah Jadi Dengan Subjek SPM?

    Sebelum ini kita ada mendengar dari kementerian pelajaran yang mengatakan untuk mengkaji untuk hadkan  subjek  SPM. Berita terbaru 2 hari lepas kajian untuk 10 matapelajaran dalam subjek SPM adalah rasional. Berkemungkinan tahun depan akan bermula. Adakah ia wajar diluluskan sedangkan sebelum ini pelajar yang mengambil lebih dari 10 matapelajaran tidak menjadi masalah.

    Kita tidak tahu apakah matapelajaran yang wajib diambil? Adakah matapelajaran Pendidikan Islam salah satu matapelajaran yang dikekalkan dalam teras. Kita perlu fikir dalam keadaan kita sebelum ini pun masalah  sosial yang tidak bermoral pun masih meningkat, bagaimana pula jika Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diketepikan oleh pihak kementerian pelajaran. Adakah wajar ia berlaku?

    Kita perlu ambil berat tentang masalah yang timbul walaupun ahli keluarga kita tidak terlibat dengan masalah sosial, bagaimana keturunan kita yang akan datang? Itu anda boleh berfikir sendiri untuk majukan umat Islam yang semakin menyimpang jauh pada masa sekarang supaya ia tidak berterusan pada generasi akan datang. Anda sebagai ibubapa pasti mahukan yang terbaik buat anak anda. Pastikan mereka berjaya bukan di dunia saja tapi di akhirat juga.

    1 Comment

    Kejayaan Hari Ini Bermula Dari Bawah

    Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam sebuah perniagaan, kita perlu bermula dari bawah. Kejayaan tidak akan kita kecapi jika buat tanpa usaha yang berterusan . Malas dan rajin adalah sifat yang ada dalam diri kita. Pilih jalan yang memastikan kita akan mencapai kejayaan dengan rajin berusaha. bagi yang malas ia tidak akan mencapai apapun kejayaan yang diimpikan. Orang malas hanya akan dapat kegagalan. Tetapi orang yang gagal sedangkan dia telah berusaha adalah orang yang berjaya berusaha untuk mencapai impian.

    Mereka yang gagal akan mencari jalan membetulkan kesilapan yang menyebabkan dia gagal, bukan gagal tanpa sebarang usaha. Pada masa ini ramai Internet Marketing yang menawarkan Pay per lead. Bagi yang ingin mendapatkan hasil dari tawaran akan berusaha untuk bersaing dengan orang lain serta membandingkan dirinya adakah dia boleh menyaingi orang lain. Walaupun tawaran yang dia dapat tidak mencapai minima yang ditetapkan, apabila melihat statistik melalui akaun affiliate memberikan sesuatu yang bermakna pada dirinya. Berapa yang kita dapat adalah usaha kita sendiri secara sambilan sambil melayari internet.

    Bagi mereka yang kurang berminat terhadap tawaran Pay per lead sesuatu yang merugikan dirinya sendiri kerana mengharapkan melakukan sesuatu untuk dapat lebih dari apa yang orang lain dapat. Mereka ini tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Mereka ini cepat jatuh rugi yang lebih tinggi kerana suka melabur duit yang banyak kerana mahu lebih cepat kaya.

    Jadi anda sebagai pelawat blog adakah rugi dengan tidak mengeluarkan sebarang modal, tetapi anda sendiri akan menerima bonus kerana membantu mempromosi laman web seseorang. Anda berjaya walaupun gagal mencapai tahap minima,bukan gagal yang tidak memberi apa-apa faedah. Berusaha untuk mencapai tahap minima pada masa akan datang. Menambahkan statistik klik dari masa ke semasa.

    No Comments

    Ilmu Menjadi Jutawan

    Artikel kali ini berkaitan dengan Jutawan. Adakah anda ingin menjadi jutawan? Pernahkah anda ditanya soalan tersebut? Bagi yang selalu layari internet pasti pernah. Kata hati mestilah nak. Siapa yang tak mahu jadi jutawan. Saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk Apa Yang Diajar di Akademi JUTAWAN. Adakah anda sendiri membaca buku tersebut? Setelah membaca buku yang hampir dengan penutup, banyak yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kekurang yang perlu kita tampung supaya apa yang kita baca dan apa yang kita impikan akan tercapai. Pernahkah anda terfikir terutama masyarakat melayu, bangsa melayu.

    Di sini saya tidak mahu mempertikaikan nasib bangsa melayu, cara hidup orang melayu. Saya sendiri bangsa melayu, pasti saya tidak mahu bangsa sendiri lemah dari bangsa lain. Perhatikan cara hidup orang cina yang suka membantu bangsanya sendiri berbanding bangsa melayu yang beragama Islam tapi penuh perasaan irihati, hasad dengki, tamak dan sebagainya.

    Saya masuk perniagaan prepaid MLM. Untung memang sikit berbanding dengan perniagaan MLM yang lain. Ramai yang berminat nak jual prepaid, modal tidak ada. Yang ada modal pula, bila dipersoal tentang bonus yang sikit,  “Bonusnya sikit sangat”. Sikap orang melayu yang nak kaya cepat masuk saham yang belum tentu perlaburan antara halal dan haram. Masuk sikit dapat berganda, masuk lagi yang berganda terus jatuh. Kadangkala disebabkan kesilapan diri yang nak kaya cepat semua perniagaan jenis MLM dipersalahkan.

    Saya masuk perniagaan prepaid sudah setahun lebih, walaupun dapat sedikit aje bonus  setiap bulan, ia tetap rezeki yang halal. Kalau kita berminat berusaha untuk mendapatkan wang untuk mendaftar dalam sebuah perniagaan bukannya menyuruh orang lain mendaftarkan untuknya. Kalau kita ada berusaha ke arah untuk keluar dari hidup miskin, berusahalah tanpa perlu bantuan orang. kadangkala sikap manusia yang lebih suka meminta, dirinya adalah seorang yang pemalas kerana suka mengharap bantuan tanpa usaha sendiri.

    Saya lebih suka seseorang berusaha untuk mendapat modal daripada memberi pinjaman, kerana orang berusaha ia akan terus berusaha berbanding orang yang suka meminta-minta tanpa usaha. Artikel sebelum ini pun ada memberi peluang kepada siapa yang menyertai Pay per lead akan mendapat RM1 setiap pendaftrannya tanpa mengeluarkan sebarang modal. Cubalah berusaha. Kalau yang ini pun diperlekehkan kerana dapat RM1 bermakna dia tidak pernah bersyukur. Orang bersyukur dia akan berusaha untuk mendapat sebanyak mungkin. Saya akan masuk beberapa isi penting dalam artikel pada masa akan datang yang berkaitan dengan JUTAWAN.

    No Comments

    Untuk meraikan ulangtahun ke-4 AdikBijak.com

    Mungkin belum terlambat lagi jika saya ingin berkongsi serta  mengajak anda mengambil peluang dan masa yang ada untuk mendapat hadiah istimewa ini bersama keluarga tersayang.

    Dengan pembelian minima RM200.00 (dalam satu invois) akan melayakkan anda menyertai cabutan premium untuk memenangi salah satu dari Dua Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam di Suria Laketown Apartment, Bukit Merah Laketown Resort

    Tawaran terbuka kepada Ahli Biasa dan Ahli VIP.

    TEMPOH TAWARAN: 01 MEI 2009 - 15 JUN 2009

    Anda boleh melihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk merebut cabutan premium. Pakej yang ditawarkan amat sesuai bagi yang belum memiliki buku - buku dari adikbijak. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah anda siapa tahu.


    No Comments

    Sesi PERCUMA Pengenalan Perniagaan Internet & Artikel “Kejayaan Berjangkit”

    Saya telah mendapat email yang amat di kenali dengan nama Irfan Khairi.

    Tahun 2009 kini dah masuk ke separuh yang kedua. Sedar-sedar kini
    sudah masuk bulan Jun pula. Suka saya umumkan, kami di
    RahsiaInternet.com telah merancang beberapa program menarik untuk
    anda termasuk:

    * PERCUMA: Sesi talk “Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK”
    di Cititel, Midvalley pada hari Khamis ini

    * Workshop Jutawan Internet di Vistana Hotel, pada 13hb June 2009

    * Pertama kali kami menjalankan Workshop Jutawan Internet di
    Kuching, Sarawak pada 20hb June 2009!

    Sekiranya anda ingin menyertai program-program di atas (yang percuma
    dan juga berbayar), teruskan bacaan email ini…

    Salam hormat!

    -Irfan Khairi

    pa: Artikel saya kali ini bertajuk “Kejayaan berjangkit”. Di kala
    musim penyakit melanda kita ketika ini, jangan tak tau… “Kejayaan’
    juag boleh berjangkit! Ikuti artikel tersebut di bawah…

    ==============================

    ========================
    Sesi PERCUMA Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK
    ======================================================

    Suka saya umumkan, first time saya akan kendalikan sesi percuma
    Pengenalan kepada perniagaan Internet di Cititel Hotel, Midvalley
    pada hari Khamis 4hb June ini. Masuk adalah percuma.

    * 8.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to
    20% discount)
    * 8.15pm Talk “Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi”
    * 9.15pm Preview Workshop Jutawan Internet Memulakan Perniagaan
    Internet dari Rumah
    * 9.30pm Sesi bonus: Autocard Privelege (Pemberian percuma
    kepada peserta WJI)
    * 9.45pm Sesi soal jawab
    * 10.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to
    20% discount)

    Kilk di sini untuk kad jemputan anda:
    http://www.rahsiainternet.com/promo/pengenalan-jemputan.jpg

    Sesi pengenalan/preview ini adalah terbaik bagi anda yang belum
    memulakan perniagaan Internet atau ingin mempelajari bagaimana
    sebenarnya menjalankan perniagaan Internet. Semua dijemput hadir,
    ajak kawan, keluarga suami, isteri kerana, mana tahu, perniagaan
    Internet boleh menjadi sumber pendapatan anda di kala ekonomi tidak
    menentu.

    * Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
    * Tarikh: Khamis 4hb June 2009
    * Waktu: 8.00malam - 10.00malam
    * Tempat: Cititel Hotel, Midvalley

    Di sesi percuma ini juga kami akan kendalikan sale produk
    RahsiaInternet.com dimana anda boleh jimat berpuluh-puluh ringgit
    produk perniagaan Internet RahsiaInternet.com serta, akan
    dijalankan preview Workshop Jutawan Internet. Bagi anda yang belum
    menghadiri Workshop Jutawan Internet, sesi ini adalah terbaik. Juga
    akan terdapat satu pakej workshop baru, khas bagi mereka yang
    kurang berkemampuan menyertai Workshop Jutawan Internet sebelum
    ini. Semuanya akan dikongsikan pada hari Khamis ini…

    *Nota supaya anda tidak keliru, apa yang saya jalankan adalah
    perniagaan Internet. Dan bukannya konsep jualan multi level
    menggunakan Internet. Saya jalankan jual beli produk atau
    perkhidmatan melalui Internet, dan bukan konsep mencari downline
    seperti konsep perniagaan jualan langsung.

    Perlu saya jelaskan ini sebab ada juga antara kita yang ingatkan
    saya buat MLM (Tak salah buat jualan langsung cuma itu bukan
    perniagaan yang saya jalankan)

    Oleh kerana sesi talk pengenalan kepada perniagan Internet ini
    adalah PERCUMA, tempat pula adalah terhad kepada 60 peserta terawal
    sahaja. Nak masuk lebh sikit maybe boleh, tapi kena berdiri kot? :)

    So, permintaan kami, hanyalah untuk anda daftar terlebih dahulu
    secara percuma.

    Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti
    talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor
    handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

    On top of that, kerana RahsiaInternet.com menghargai susah payah
    anda untuk datang mendengar talk percuma ini, 20 peserta terawal
    akan diberi sebuah buku perniagaan berharga RM25 secara percuma.
    Buku bercetak… bukan ebook.

    Tapi, pastikan anda betul2 dapat datang. Sebab kalau tak dapat
    datang, baik beri tempat tersebut kepada mereka yang betul-betul
    berminat untuk mempelajari perniagaan Internet kan? :)

    ps: Sila tanda di kalender anda, dan datang awal! Jumpa anda di sesi
    percuma ini.

    ================================================
    Workshop Jutawan Internet Kuala Lumpur & Kuching
    ================================================

    9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Sekiranya anda ingin
    mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah,
    lengkapkan dengan ilmu terlebih dahulu.

    “Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkan
    dari Rumah di Workshop Jutawan Internet!…”

    KUALA LUMPUR:

    * Tarikh: 13hb June 2009 (Sabtu)
    * Tempat: VISTANA HOTEL, Kuala Lumpur
    * Waktu: 8.45am - 6.30pm
    * Speaker: Irfan Khairi
    * http://www.rahsiainternet.com/workshop

    KUCHING, SARAWAK:

    * Tarikh: 20hb June 2009 (Sabtu)
    * Tempat: GRAND MAGHERITA HOTEL, Kuala Lumpur
    * Waktu: 8.30am - 6.00pm
    * Speaker: Irfan Khairi
    * http://www.rahsiainternet.com/workshop-kuching

    Workshop Perniagaan Internet #1 paling laris di Malaysia yang
    TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang
    berjaya!

    Daftar secara online di http://www.rahsiainternet.com atau
    hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut.

    Saksikan temubual Irfan Khairi mengenai Workshop Jutawan Internet
    di ASTRO http://www.youtube.com/watch?v=S2M3xCp8J-8

    ============================
    ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
    ============================

    Oleh: Irfan Khairi

    Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung
    pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita?
    Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita?
    Contacts kita dan sebagainya!
    Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan
    orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan
    mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi
    “If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
    turkeys”.

    Mastermind group
    Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi
    untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan “Mastermind’
    tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya.
    Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama
    mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
    Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil
    oleh kerana menggunakan konsep “kejayan berjangkit ini”.
    Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
    kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

    Success breeds success
    Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins
    “Success Breeds Success”, bererti, apabila seseorang mencapai
    kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan
    yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan
    yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

    Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana
    apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan,
    pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.
    Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan
    bertambah.  Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum
    kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang
    dikecapi.

    Siapakah role-model anda?
    Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael
    Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi
    perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada
    diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
    Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau
    membina sesuatu sistem canggih serba baru.  Untuk berjaya, kita
    hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
    akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga,
    kejayaan adalah berjangkit!

    Kegagalan juga berjangkit!
    Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula
    dengan kegagalan!?

    Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!
    Flock with the Turkeys

    Sekiranya  peribahasa berbunyi “If you want to soar with the
    eagles, you must not flock with the turkeys”, maka, pastinya kita
    perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
    diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya
    juga berjangkit.

    Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering
    berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah
    satu racun yang amat berbahaya.

    Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding
    dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak
    untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan
    usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

    Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif,
    sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan
    terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

    Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di
    susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

    Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga
    keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif
    mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui
    dan momentum juga akan terganggu.

    Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah
    jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan
    daripada kegagalan!

    Silap memilih role-model!
    Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya
    tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
    Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan,
    tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing
    bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.
    Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki
    minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita
    tentang erti sebenar kejayaan.

    Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.
    Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan
    terjangkit pada kita pula.

    Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain
    (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya
    menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang
    muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang
    terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka,
    Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

    Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial
    kerana mempunyai role-model yang salah.  Ini adalah contoh
    jangkitan kegagalan yang paling ketara.

    Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di
    dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya
    di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan
    kejayaan, ataupun kegagalan.  Harapan saya, pilih lah yang pertama!

    =======================================
    Iklan peserta Workshop jutawan Internet
    =======================================

    IZZUL BABY GIFT- http://www.izzulbabygift.com/
    Izzul Baby Gift mengetengahkan  gift baskets, diaper bags, organic
    baby apparel sebagai beberapa pilihan di mana hadiah-hadiah ini
    sesuai untuk diberikan kepada ibu yang baru sahaja bersalin atas
    tanda tahniah dengan kedatangan orang baru.

    Our best selling item - Baby Kaed Diaper Bags bermutu tinggi dan
    amat dikenali di Amerika Syarikat. Baby Kaed Diaper Bags juga telah
    menjadi kegunaan beberapa artis barat seperti Jennifer lopez dan
    Matt Damon.

    No Comments
    Rss Feeds