Archive for October, 2009

Salam semua,

Anda sudah mengetahui apa yang anda baca sebelum ini.

Kesimpulannya:

1. Nak untung dalam perniagaan prepaid, kena jual banyak.
2. Nak jual banyak, senang kalau ada banyak cawangan kedai.
3. Nak ada cawangan banyak, mulakan dengan 1 kemudian klonkan diri kita kepada downline baru tadi supaya mereka mampu melakukan perkara yang sama seperti kita. Turunkan ilmu kepada mereka. Kemudian recruit agent baru dan buat perkara yang sama. Set target misalnya 2 orang agent baru dalam seminggu.
4. Setkan matlamat jangka panjang, setahun… dua tahun… jangan buat matlamat yang tidak munasabah contohnya “Dalam masa 2 bulan aku nak buat sungguh-sungguh sampai dapat RM2000 sebulan bonus”.
5. Tak perlu fokus kepada jualan persendirian sebaliknya fokuskan kepada jualan kumpulan (group sales). Sebab kita sorang takkan mampu create volume sales yang besar. memadai dengan hanya gunapakai sendiri dan jual kepada orang-orang terdekat seperti adik-beradik, anak-beranak, member sepejabat dan lain-lainl. Dan lagi bagus jika mereka-mereka ini kita jadikan agent supaya mereka sendiri boleh mempunyai perniagaan sendiri.
6. MYeCASH merupakan satu konsep perniagaan yang memberikan benefit kepada pengguna prepaid khususnya. Jadi daripada kita jual prepaid kepada mereka, kenapa tak kita perkenalkan konsep perniagaan ini kepada mereka supaya mereka juga boleh menikmati keuntungan seperti kita?
7. Sentiasa tahu yang prospek diluar sana masih banyak dan masih terlalu luas untuk diteroka. Masih terlalu ramai yang tidak tahu mengenai MYeCASH, konsep perniagaan dan potensinya. Set dalam kepala dan berangan-anganlah agar 2,3 tahun dari sekarang 1 juta pengguna prepaid berada dibawah rangkaian downline anda. Tiada apa yang mustahil.
8. Jika ingin fokuskan kepada penjualan prepaid, maka perlu BIJAK.

Hi,apa khabar anda hari ini?
Semoga sihat walafiat.

Hari ini saya ada satu cerita menarik yang ingin saya saya kongsikan bersama anda tentang strategi pemasaran email yang bijak.

Sebelum saya bercerita,izinkan saya mewar-warkan tentang sebuah produk berkenaan tentang kuasa pemasaran email ini kepada anda:

Baiklah,cerita ini adalah berkenaan 2 orang sahabat yang bernama Nabil dan Irma(kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.

Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan yang diedarkannya kepada orang ramai dalam masa sebulan.

Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut.

Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama,Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.

Mengapa ini berlaku? Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma, lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan sudah pasti senarai email yang dimilikinya terdapat 90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.

Kesimpulannya di sini ialah untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan, silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut.Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar,asalkan ianya berkualiti.

Itu saja,cerita untuk kali ini,dan jangan lupa untuk mendapatkan panduan lengkap tentang Kuasa Pemasaran Email ini:

Sekian,Salam Hormat.

Ikhlas,
Hani

Salam semua,

Saya rasa banyak yang anda masih belum faham. bahaya tu. pertamanya leh memberikan tanggapan yang sangat negatif kepada business ini. kedua, menyukarkan anda untuk berjaya.

1) setiap kali masukkan modal Myecash saya di tolak RM1
Jangan salah faham. Bukan MYeCASH yang potong. Tapi pihak bank yang potong sebagai yuran servis menggunakan perkhidmatan mereka. Seperti yang anda maklum, kita buat IBG transfer pun bank charged, kita bayar loan ptptn guna pun kena charged, semua pun ada charged perkhidmatan ni. Maybank, dan bank-bank lain semua takkan nak buat kerja free.

2) kalau salah hantar command pun tolak 20sen
Pertama, kena fikir. Tu salah siapa? kita atau syarikat?
Kedua, Mana lebih bagus samada setiap kali kita tersalah hantar command, gateway akan maklumkan kepada kita yang kita hantar arahan salah, atau gateway senyap jer tak bagitahu apa-apa sampailah kita hantar arahan yang betul?
Kalau kita nakkan gateway maklumkan, dah tentutak akan melibatkan kos sms dari company. Dan sebab salah tu salah kita, memang padan sangatlah kalau charge tu dikenakan pada kita. Kerana kita kena ingat, sehari bukan kita sorang jer yg salah hantar command. kalau 1000 command silap sehari, sebulan company terpaksa menanggung kerugian sehingga RM6000.

3) Ada 3 kategori orang yang berada didalam Mymode. Pilihlah anda nak berada di kategori mana:

- Paling malas. Saya nak pakai sendiri je…..
Well, mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup… Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency…. dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus… 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

- Paling senang. Saya nak menjual….
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut. Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM lain.

- Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking) disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan? Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari? Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan. Francais. Networking. Multi level Marketing. Ini bila kata kena cari downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap. Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya? Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi pendapatan penaja/upline-nya. Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?

Salam untuk semua pembaca blog. Kisah ini diambil dari wasiat bulan Januari 2009 yang lepas. Jadikan panduan untuk anda menjalankan perniagaan prepaid. Baca kisahnya.

Kawan sekampung saya bukak perniagaan prepaid di kampung (Felda Chini). Dan dia terpaksa memandu sejauh 90km ke bandar Kuantan untuk mengambil stok (pergi balik 180km). Setiap RM1000 stok prepaid yang dibelinya dari supplier, kawan saya akan ada untung sebanyak RM30. Itupun sekiranya dia mampu menjual semuanya. Tetapi malangnya kos minyak keretanya sahaja telah cecah RM40 setiap kali pergi balik. Itu belum campur sekotak rokok dan setin air Redbull untuk kesegaran mata semasa memandu. Kalau berhenti makan langsung kos tambahan dah cecah RM50 ke RM60.

Jadi untuk mengelakkan kerugian, rakan saya terpaksa membeli stok sebanyak RM5000 setiap kali kekuantan untuk mengelakkan dirinya dari terpaksa berulang-alik banyak kali. Ini beerti dari modal RM5050 setiap kali dia pergi membeli stok prepaid, keuntungannya cuma sekitar RM50-RM100 sahaja. Dan tambah menyedihkan, setiap kali dia nak mengambil stok supplier biasanya akan mengenakan syarat sebagai contoh, “You nak angkat prepaid RM1000 you mesti angkat 5 keping starter packs”. Pulak dah…. Untuk makluman tuan-puan semua, nak jual starter packs tak la semudah menjual rpepaid… So, untuk keuntungan RM50-RM100 ini, bukan sahaja masa, tenaga, malah ianya turut memerlukan modal yang sangat besar.

Haaa… ini kalau jual prepaid cara konvensional ni. Tadi kita duk kutuk-kutuk sangat kata cara jual prepaid guna sistem MYeCASH untung ciput… At least sekurang-kurangnya dalam MYeCASH:

* Kita tak perlu memandu ke supplier untuk mendapatkan stok. Tiada masa terbuang, tiada kos petrol. Tambah modal pun boleh secara online sahaja.
* Kita tak perlu modal sampai 4-5 ribu ringgit untuk rolling.
* Kita tak di syaratkan untuk jual starter packs
* Kita tak perlu sewa kedai.
* Kita tak perlu tanggung kos api/air.
* Kita tak perlu tercongok depan kaunter dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam tunggu customer ataupun menggajikan pekerja untuk jaga kedai.


Salam dan kita jumpa lagi dalam kesihatan yang baik.

Tentu anda mempunyai persoalan tentang kenapa margin jualan kecil. Seperti cerita seorang sahabat yang bukan agen prepaid yang telah baca kisahnya.

Kalau dah memang jual prepaid margin keuntungannya sangat kecil, jadi macamana nak untung besar dalam perniagaan prepaid ni? Senang saja jawapannya. Bukan sahaja prepaid, malah semua produk yang kecil marginnya, konsepnya semua sama. Sebagai contoh, dikala harga petrol melambung ke RM2.70 seliter, baru kita tahu dari setiap liter, pengusaha petrol pump cuma untung 16sen sahaja. Tapi macamana tokey petrol pump boleh kaya? Sebab dia bukan jual 5,6 liter sehari. Tapi 50-60ribu liter sehari. Beratus ribu liter sehari pun ada. Jadi kesimpulannya disini, asalkan saja kita mampu create volume jualan yang besar, maka pastilah keuntungannya akan besar juga. Sama juga perihalnya dalam perniagaan prepaid ini. Hanya perlu pastikan sales volume anda besar. Kalau volume jualan besar, tak kira sekecil mana pun margin, maka keuntungan tetap besar. Bayangkan kalau kita mampu jual RM1 juta sebulan, jangan kata kalau 1%, kalau cuma 0.5% sekalipun kita dah dapat RM5000. Persoalannya kini bukan lagi bagaimana nak untung besar, tapi bagaimana nak jual product prepaid sebanyak RM1 juta sebulan? Betul?

Ini lah sebenarnya yang tak boleh di buat oleh peniaga topup prepaid konvensional kat kedai-kedai telefon tuh. Mereka jual prepaid hanya untuk kasi customer datang kedai. Mereka nak untung, mereka kena jual handphone. Sama konsepnya seperti kedai makan yang menjual rokok. Mereka sendiri tahu tak banyak untung jual rokok ni, silap gaya, modal habis begitu saja tak sempat nak rolling. Tapi kita dalam MYeCASH sememangnya bekerja secara kumpulan. Ianya tak menjadi masalah kepada kita berbanding peniaga-peniaga prepaid secara konvensional yang lain. Kita kena tahu, untuk create volume jualan yang besar (contoh RM1 juta sebulan) bukanlah kerja berseorangan, tapi sebenarnya kerja berkumpulan. Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 cawangan kedai prepaid, sebenarnya memadai 1 kedai menjual RM1000 saja dalam sebulan, maka anda telah berjaya mencipta volume jualan sebanyak RM1 juta sebulan. Bagaimana pula jika anda mempunyai 5000 cawangan kedai prepaid? hah! Satu cawangan cuma jual RM200 sebulan pun kita dah capai target jualan RM1 juta sebulan. Bagaimana pula kalau anda ada 5000 cawangan dan setiap satunya jual RM1000 sebulan (kira-kira RM250 dalam seminggu)? Wah! Dah jadi RM5juta jualan dalam sebulan!! Jadi sekarang, bagaimana nak jual RM1 juta sebulan bukanlah lagi persoalan sebenarnya. Persoalannya, bagaimana nak buka 5000 cawangan kedai prepaid!

Sebenarnya ini pun agak mustahil untuk dilakukan oleh peniaga prepaid secara konvensional (cara biasa) diluar sana. Jangankan 5000 cawangan, nak buka 2 cawangan pun belum tentu lagi. Nak cari lokasi kedai yang strategik lah, nak cari pekerja, nak make sure modal semua cukup dan sebagainya. Tapi kita? Cukup senang! Dengan hanya merecruit agent baru sebenarnya dah sama macam kita membuka satu cawangan kedai prepaid yang lain. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jadi dengan hanya merecruit 5000 agent baru sebenarnya dah menyamai kita mambuka 5000 cawangan kedai prepaid. Dan yang bestnya… anda membuka cawangan baru tanpa sebarang modal untuk kos sewa tapak perniagaan, kos renovate kedai, kos penyelenggaraan, kos bill elektrik gaji pekerja dan sebagainya. Bahkan kadangkala bukan kita yang cari orang, tapi orang yang datang dekat kita kerana berminat dengan sistem MYeCASH ini. Susah jugak? Anda merasakan susah kerana anda fikir yang anda perlu merecruit dan mencari 5000 orang agent seorang diri. Itu sebabnya. Dan sekali lagi saya ingatkan, ini bukan kerja perseorangan, dalam MYeCASH, kita bekerja secara berkumpulan.

Sebenarnya dengan seorang hanya merecruit dan mencari 8 orang agent sebagai direct downline sahaja pun anda sudah mampu mempunyai lebih kurang 5000 downlines dalam hanya level ke-4. Jika setiap individu hanya cari 2 downline baru dalam seminggu (dan perkara yang sama turut dilakukan oleh downline baru tadi) senenarnya anda hanya memerlukan 4 bulan untuk memenuhkan carta tadi dan memiliki 5000 cawangan kedai handphone. 4 bulan sahaja! Tapi perlukah letakkan target 4 bulan saja untuk mencapai tahap ini? Tak semestinya. Saya sendiri meletakkan target 1 tahun untuk mencapainya (tapi akhirnya saya berjaya capai dalam tempoh tak sampai 7 bulan). Okeylah… nak cari 5000 tu susah. Tapi nak cari 8 orang susah juga ke? Susah ke untuk kita menyenaraikan 8 orang yang kita kenal yang menggunakan prepaid untuk kita kongsikan peluang perniagaan yang amat berpotensi ini? Ada 22 juta pengguna Handphone, 19 juta pengguna prepaid, susah ke nak cari 8 orang? Sehingga kini agent MYECASH baru sahaja 300 ribu lebih. ada 18 juta lebih lagi pengguna prepaid diluar sana yang sebenarnya masih tercari-cari peluang bagus begini. Rakan-rakan kita sendiri lebih dari 8 orang. Saudara-mara adik-beradik dan anak-beranak kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Member-member sekolah atau rakan-rakan sepejabat kita sendiri lebih dari 8 orang. List dalam phonebook kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List kawan-kawan dalam adressbook email kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List user dalam YahooMessenger kita sendiri dah lebih dalam 8 orang. List kawan-kawan dan kenalan dalam MySpace, Frienster, Tagged, Facebook, Hi5 dan bermacam lagi social community yang kita sertai juga dah lebih dari 8 orang. Jangan kata 8 orang. 80 orang pun sepatutnya tidak ada sebarang masalah. Kalau anda duduk dalam guna sorang-sorang boleh saya terima alasan ini…

Jika anda betul-betul ingin memperoleh keuntungan yang maksimum dalam perniagaan prepaid melalui sistem MYeCASH ini, pertama sekali anda perlu mengubah MIND SETTING anda. Ubah cara bekerja. Selama ini kita sibuk dengan nak menjual prepaid untuk dapat pulangan besar. Bila bonus kecil, mulalah kita bersungut tentang margin PVdan sebagainya. Bila kena cari downline kita mula mengeluh. Kita tak sedar yang merecruit downline baru tu umpana kita membuka cawangan kedai prepaid kita sendiri juga. Bila kena mencari orang kita mula mencipta alasan itu ini, susah dan sebagainya tanpa sedar yang kita sebenarnya sedang mencipta alasan untuk kita gagal. Tak perlulah ceritakan alasan anda atau lebih malang bila dah tiada alasan, susah payah fikir untuk mendapatkan alasan. Senenarnya orang lain tak nak tahu pun sebab kenapa anda gagal. Dan kalau anda nak gagal sekalipun, anda gagal sorang kerana orang lain akan terus berusaha untuk kejayaan diri masing-masing.

Penerangan ini adalah ringkas sahaja. Berpandukan kepada jadual produk list yang saya berikan sebelum ini. Sekarang ini pihak syarikat Myecash/Mymode menambah produk terbaru dengan memperkenalkan games online. Apa yang saya dapati margin jualan adalah tinggi dari jualan prepaid.

Contoh pengiraan untuk jualan Games online:

Produk CIB5 harga RM5 x50% dari point velue 10 %

5 x10%= 1.00 x50% = 50sen .

Kita akan menerima margin bonus untuk produk CIB5 yang bernilai RM5 adalah 50sen. Bagi saya ia amat tinggi. Saya tidak menggalakkan anda terlalu ghairah menjual produk games online kepada peminatnya. Hidup kita memang perlukan hiburan tapi bukan sampai membazir. Ingat! Walaupun marginnya tinggi cari custumer yang sesuai. Bagi saya kalau kita menjual kepada mereka yang gemarkan games ini sehingga membazir, Allah tidak akan membantu kita berjaya dalam perniagaan ini. Jika menjual pun had pada waktu yang sesuai dan bukan waktu orang azan kita jual dan main sekali. Jumpa lagi.

Salam semua,

Sebenarnya saya sendiri terlepas pandang dan tidak tahu kegunaan games online. Bagi yang berminat ini satu kelebihan yang pada diri anda untuk mengajak ramai lagi mendaftar dengan MyeCash nama baru Mymode. Yang mana 1 pun xmengapa asalkan orang faham.

Gambar-gambar di bawah ini pasti membuat anda teruja. Tetapi jangan sampai terlalu membazir duit.

Hanya daftar melalui myecash untuk anda mendapat games yang lebih hebat dari yang ini.

Produk Code CIB5 untuk 50CP. Harga RM5.00. PV 10% (50sen)
Produk Code CIB20 untuk 200CP. Harga RM20.00. PV 10% (RM2)
Produk Code CIB50 untuk 500CP. Harga RM50.00. PV 10% (RM5)

** Kasar gak margin dia. Kalaulah margin prepaid cengginih… Heheehe. Untunglah saper-saper yang ada CC, atau korang mungkin leh tackle tokey-tokey CC untuk join MYeCASH supaya diorang leh jual game point ni.

Ini list update terbaru produk dari mymode

Product Listing
*Effective 15.09.2009

Prepaid Card

PRODUCT CODE

DESCRIPTION

RETAIL PRICE (RM)

MYPOINTS VALUE

VALIDATION PERIOD

24 or C10

013/ 019/ 0148 Celcom 10

10.00

0.30

C20

013/ 019/ 0148 Celcom 20

20.00

0.70

15 or C30

013/ 019/ 0148 Celcom 30

30.00

1.05

11 or C50

013/ 019/ 0148 Celcom 50

50.00

1.75

C100
Celcom RM100
100.00
3.0%

IM10

iTalk Mobile 10

10.00

1.10

IM20 iTalk Mobile 20 20.00 2.20

IM30

iTalk Mobile 30

30.00

3.30

IM50

iTalk Mobile 50

50.00

5.50

TM20

TM Net 20

20.00

1.80

26

Jaring 50

50.00

5.50

C5 Celcom RM5 5.00
3%
OC10 One Com RM 10 (IDD) 10.00
10%
OC30 One Com RM 30 (IDD) 30.00
10%

M

Maxis Ereload

5-9
10-19
20-29
30-59
60-100

2%

M10
012/017/0142
10.00
2%
M30
012/017/0142
30.00
2%
M60
012/017/0142
60.00
2%
M100
012/017/0142
100.00
2%
C Celcom Ereload 5-9
10-19
20-29
30 dan ke atas
4%
D10
016/0146
10.00
1%
016/0146
30.00
1%
D50
016/0146
50.00
1%

CIB5

50CP

5.00
10%

CIB20

200CP

20.00
10%

CIB50

500CP

50.00
10%

DOA10

DOA1000

10.00

10%

DOA20

DOA2000

20.00

10%

LCG10

LC1000

10.00

10%

LCG20

LC2000

20.00

10%

LCG50

LC5000

50.00

10%

IAM28

iAM points  for Lineage2
& Exteel

28.00

10%

IAM10

10.00

10%
-
JOY10 100 Joy Point 10.00 10% -
JOY50 500 Joy Point 50.00 10% -
JOY100 1000 Joy Point 100.00 10%

Kisah ini saya copy dari seorang otai Mymode yang telah berjaya dalam perniagaan Mymode. Saya menyeru kawan-kawan agen yang lama tidak aktif kembali aktif bersama mymode kerana masih ada peluang untuk mencapai kejayaan dengan usaha. Jadikan kisah ini semangat baru dalam diri anda.

Saya dulu modal saya cuma RM100 je. sebab tu saya tak pernah jual prepaid. saya stanby utk registerkan agent baru je. itupun kalau ada yang register tengahari, petang tu saya dah kena ke maybank untuk tambah modal rolling semula dengan duit yang orang tadi bayar untuk daftar.

Begitulah aktiviti hariannya. kekadang sehari sampai 3 kali ke maybank. member2 office time tu ada gak yang sindir. “huu kayer la mamat ni. sari 2,3 kali gi bank” tapi saya sengeh je la.

Kalau modal RM130 kita daftarkan 2 agent baru, kita dah dapat bonus tajaan RM10 untuk seorang direct downline (jadi dah dapat RM20). Kalau dah upgrade MP pulak, lagi best. sorang kita dapat RM18 (dah dapat RM36).

Tapi kalau modal Rm130, kita buat jual prepaid, berapa jer incentif yg kita dapat sebab margin produk prepaid ni kan kecil.

Jadi, pada saya, dari kita jual prepaid kat dia, baik suruh dia beli prepaid sendiri (jadi agent). kita pun guna untuk diri sendiri jugak. masing-masing topup prepaid sendiri. dengan hanya beli sendiri-sendiri pun, kalau rangkaian bawah group kita besar, maka jualan kumpulan tetap besar. percayalah.

Saya tak pernah beli lebih dari RM150 sebulan. tapi jualan kumpulan saya pernah cecah lebih RM5juta sebulan. inilah hakikatnya. Stress pun takde… buat pun releks.. barulah kebebasan kewangan namanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya disini Alhamdulillah.. sihat dan ceria sahaja :)

Melalui prepaid4u.net saya mempuyai ramai free member. Saya ingin memberitahu anda pendaftar free member yang mendaftar sebagai ahli bawah kumpulan saya. Sebelum kita mendaftar, bertanyalah pada diri anda, adakah anda benar-benar ingin menceburi perniagaan prepaid. Tapi bukan untuk suka-suka. Kebiasaannya saya akan menghantar sms kepada semua free member untuk tujuan follow-up.

Seeiapa yang menerima sms, saya juga menawarkan persoalan jika tidak faham, tapi saya kecewa dengan sikap mendiamkan diri dari membalas sms. Kelebihan menjadi agen banyak manfaatnya, penjimatan masa dan tenaga. Walaupunpun bangunan tempat kerja anda terdapat kedai topup, tentu anda perlu berjalan ke kedai tersebut untuk membeli topup.

Jika anda seorang pelajar kolej dan sebagainya. Dalam keadaan kecemasan perlukah anda berlari-lari ke tempat mesin topup yang disediakan oleh pihak kolej.Anda boleh tahu ke bila mesin topup rosak semasa anda dalam kecemas. Bila anda semak kredit anda tinggal 3sen lagi, anda masih lagi boleh topup kerana anda mendaftarkan no gateway mymode sebagai 8x atau aktif10 dan sebagainya dengan nilai sms 1 sen. Anda juga boleh menjual topup kepada rakan anda.

Target setiap kawan anda sebagai agen untuk topup sendiri. Tidak perlu maintain RM100 sebulan melainkan mereka tidak berminat langsung untuk menjadi agen mymode. Banyak kelebihan menjadi agen mymode berbanding dengan persaingan yang ada sekarang.

Saya akan masukkan email anda ke email invitation prepaid4u supaya anda boleh membaca kelebihannya. Sila semak email anda. Saya juga akan serta staterkit guideplan Mymode untuk anda. Sebarang persoalan sila email saya haniazura@gmail.com untuk soalan yang panjang atau sms saya 0134072914 soalan yang ringkas. Saya sedia membantu anda dalam persoalan yang timbul mengikut kemampuan saya.

Petikan ini saya ambil dari seorang Otai Agen Mymode yang berpengalaman. Tak salahkan kalau kita ikut caranya jika ia memberi keuntungan jangka panjang. Sila baca petikan di bawah :

Saya dulu modal saya cuma RM100 je. sebab tu saya tak pernah jual prepaid. saya stanby utk registerkan agent baru je. itupun kalau ada yang register tengahari, petang tu saya dah kena ke maybank untuk tambah modal rolling semula dengan duit yang orang tadi bayar untuk daftar.

Begitulah aktiviti hariannya. kekadang sehari sampai 3 kali ke maybank. member2 office time tu ada gak yang sindir. “huu kayer la mamat ni. sari 2,3 kali gi bank” tapi saya sengeh je la.

Kalau modal RM130 kita daftarkan 2 agent baru, kita dah dapat bonus tajaan RM10 untuk seorang direct downline (jadi dah dapat RM20). Kalau dah upgrade MP pulak, lagi best. sorang kita dapat RM18 (dah dapat RM36).

Tapi kalau modal Rm130, kita buat jual prepaid, berapa jer incentif yg kita dapat sebab margin produk prepaid ni kan kecil.

Jadi, pada saya, dari kita jual prepaid kat dia, baik suruh dia beli prepaid sendiri (jadi agent). Kita pun guna untuk diri sendiri jugak. masing-masing topup prepaid sendiri. dengan hanya beli sendiri-sendiri pun, kalau rangkaian bawah group kita besar, maka jualan kumpulan tetap besar. percayalah.

Saya tak pernah beli lebih dari RM150 sebulan. tapi jualan kumpulan saya pernah cecah lebih RM5juta sebulan. Inilah hakikatnya. Stress pun takde… buat pun releks.. Barulah kebebasan kewangan namanya.


ShoutMix chat widget

Meta