Salam dan kita jumpa lagi dalam kesihatan yang baik.

Tentu anda mempunyai persoalan tentang kenapa margin jualan kecil. Seperti cerita seorang sahabat yang bukan agen prepaid yang telah baca kisahnya.

Kalau dah memang jual prepaid margin keuntungannya sangat kecil, jadi macamana nak untung besar dalam perniagaan prepaid ni? Senang saja jawapannya. Bukan sahaja prepaid, malah semua produk yang kecil marginnya, konsepnya semua sama. Sebagai contoh, dikala harga petrol melambung ke RM2.70 seliter, baru kita tahu dari setiap liter, pengusaha petrol pump cuma untung 16sen sahaja. Tapi macamana tokey petrol pump boleh kaya? Sebab dia bukan jual 5,6 liter sehari. Tapi 50-60ribu liter sehari. Beratus ribu liter sehari pun ada. Jadi kesimpulannya disini, asalkan saja kita mampu create volume jualan yang besar, maka pastilah keuntungannya akan besar juga. Sama juga perihalnya dalam perniagaan prepaid ini. Hanya perlu pastikan sales volume anda besar. Kalau volume jualan besar, tak kira sekecil mana pun margin, maka keuntungan tetap besar. Bayangkan kalau kita mampu jual RM1 juta sebulan, jangan kata kalau 1%, kalau cuma 0.5% sekalipun kita dah dapat RM5000. Persoalannya kini bukan lagi bagaimana nak untung besar, tapi bagaimana nak jual product prepaid sebanyak RM1 juta sebulan? Betul?

Ini lah sebenarnya yang tak boleh di buat oleh peniaga topup prepaid konvensional kat kedai-kedai telefon tuh. Mereka jual prepaid hanya untuk kasi customer datang kedai. Mereka nak untung, mereka kena jual handphone. Sama konsepnya seperti kedai makan yang menjual rokok. Mereka sendiri tahu tak banyak untung jual rokok ni, silap gaya, modal habis begitu saja tak sempat nak rolling. Tapi kita dalam MYeCASH sememangnya bekerja secara kumpulan. Ianya tak menjadi masalah kepada kita berbanding peniaga-peniaga prepaid secara konvensional yang lain. Kita kena tahu, untuk create volume jualan yang besar (contoh RM1 juta sebulan) bukanlah kerja berseorangan, tapi sebenarnya kerja berkumpulan. Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 cawangan kedai prepaid, sebenarnya memadai 1 kedai menjual RM1000 saja dalam sebulan, maka anda telah berjaya mencipta volume jualan sebanyak RM1 juta sebulan. Bagaimana pula jika anda mempunyai 5000 cawangan kedai prepaid? hah! Satu cawangan cuma jual RM200 sebulan pun kita dah capai target jualan RM1 juta sebulan. Bagaimana pula kalau anda ada 5000 cawangan dan setiap satunya jual RM1000 sebulan (kira-kira RM250 dalam seminggu)? Wah! Dah jadi RM5juta jualan dalam sebulan!! Jadi sekarang, bagaimana nak jual RM1 juta sebulan bukanlah lagi persoalan sebenarnya. Persoalannya, bagaimana nak buka 5000 cawangan kedai prepaid!

Sebenarnya ini pun agak mustahil untuk dilakukan oleh peniaga prepaid secara konvensional (cara biasa) diluar sana. Jangankan 5000 cawangan, nak buka 2 cawangan pun belum tentu lagi. Nak cari lokasi kedai yang strategik lah, nak cari pekerja, nak make sure modal semua cukup dan sebagainya. Tapi kita? Cukup senang! Dengan hanya merecruit agent baru sebenarnya dah sama macam kita membuka satu cawangan kedai prepaid yang lain. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jadi dengan hanya merecruit 5000 agent baru sebenarnya dah menyamai kita mambuka 5000 cawangan kedai prepaid. Dan yang bestnya… anda membuka cawangan baru tanpa sebarang modal untuk kos sewa tapak perniagaan, kos renovate kedai, kos penyelenggaraan, kos bill elektrik gaji pekerja dan sebagainya. Bahkan kadangkala bukan kita yang cari orang, tapi orang yang datang dekat kita kerana berminat dengan sistem MYeCASH ini. Susah jugak? Anda merasakan susah kerana anda fikir yang anda perlu merecruit dan mencari 5000 orang agent seorang diri. Itu sebabnya. Dan sekali lagi saya ingatkan, ini bukan kerja perseorangan, dalam MYeCASH, kita bekerja secara berkumpulan.

Sebenarnya dengan seorang hanya merecruit dan mencari 8 orang agent sebagai direct downline sahaja pun anda sudah mampu mempunyai lebih kurang 5000 downlines dalam hanya level ke-4. Jika setiap individu hanya cari 2 downline baru dalam seminggu (dan perkara yang sama turut dilakukan oleh downline baru tadi) senenarnya anda hanya memerlukan 4 bulan untuk memenuhkan carta tadi dan memiliki 5000 cawangan kedai handphone. 4 bulan sahaja! Tapi perlukah letakkan target 4 bulan saja untuk mencapai tahap ini? Tak semestinya. Saya sendiri meletakkan target 1 tahun untuk mencapainya (tapi akhirnya saya berjaya capai dalam tempoh tak sampai 7 bulan). Okeylah… nak cari 5000 tu susah. Tapi nak cari 8 orang susah juga ke? Susah ke untuk kita menyenaraikan 8 orang yang kita kenal yang menggunakan prepaid untuk kita kongsikan peluang perniagaan yang amat berpotensi ini? Ada 22 juta pengguna Handphone, 19 juta pengguna prepaid, susah ke nak cari 8 orang? Sehingga kini agent MYECASH baru sahaja 300 ribu lebih. ada 18 juta lebih lagi pengguna prepaid diluar sana yang sebenarnya masih tercari-cari peluang bagus begini. Rakan-rakan kita sendiri lebih dari 8 orang. Saudara-mara adik-beradik dan anak-beranak kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Member-member sekolah atau rakan-rakan sepejabat kita sendiri lebih dari 8 orang. List dalam phonebook kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List kawan-kawan dalam adressbook email kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List user dalam YahooMessenger kita sendiri dah lebih dalam 8 orang. List kawan-kawan dan kenalan dalam MySpace, Frienster, Tagged, Facebook, Hi5 dan bermacam lagi social community yang kita sertai juga dah lebih dari 8 orang. Jangan kata 8 orang. 80 orang pun sepatutnya tidak ada sebarang masalah. Kalau anda duduk dalam guna sorang-sorang boleh saya terima alasan ini…

Jika anda betul-betul ingin memperoleh keuntungan yang maksimum dalam perniagaan prepaid melalui sistem MYeCASH ini, pertama sekali anda perlu mengubah MIND SETTING anda. Ubah cara bekerja. Selama ini kita sibuk dengan nak menjual prepaid untuk dapat pulangan besar. Bila bonus kecil, mulalah kita bersungut tentang margin PVdan sebagainya. Bila kena cari downline kita mula mengeluh. Kita tak sedar yang merecruit downline baru tu umpana kita membuka cawangan kedai prepaid kita sendiri juga. Bila kena mencari orang kita mula mencipta alasan itu ini, susah dan sebagainya tanpa sedar yang kita sebenarnya sedang mencipta alasan untuk kita gagal. Tak perlulah ceritakan alasan anda atau lebih malang bila dah tiada alasan, susah payah fikir untuk mendapatkan alasan. Senenarnya orang lain tak nak tahu pun sebab kenapa anda gagal. Dan kalau anda nak gagal sekalipun, anda gagal sorang kerana orang lain akan terus berusaha untuk kejayaan diri masing-masing.


Categories : Uncategorized

No Response









ShoutMix chat widget

Meta