Salam untuk semua pembaca blog. Kisah ini diambil dari wasiat bulan Januari 2009 yang lepas. Jadikan panduan untuk anda menjalankan perniagaan prepaid. Baca kisahnya.
Kawan sekampung saya bukak perniagaan prepaid di kampung (Felda Chini). Dan dia terpaksa memandu sejauh 90km ke bandar Kuantan untuk mengambil stok (pergi balik 180km). Setiap RM1000 stok prepaid yang dibelinya dari supplier, kawan saya akan ada untung sebanyak RM30. Itupun sekiranya dia mampu menjual semuanya. Tetapi malangnya kos minyak keretanya sahaja telah cecah RM40 setiap kali pergi balik. Itu belum campur sekotak rokok dan setin air Redbull untuk kesegaran mata semasa memandu. Kalau berhenti makan langsung kos tambahan dah cecah RM50 ke RM60.
Jadi untuk mengelakkan kerugian, rakan saya terpaksa membeli stok sebanyak RM5000 setiap kali kekuantan untuk mengelakkan dirinya dari terpaksa berulang-alik banyak kali. Ini beerti dari modal RM5050 setiap kali dia pergi membeli stok prepaid, keuntungannya cuma sekitar RM50-RM100 sahaja. Dan tambah menyedihkan, setiap kali dia nak mengambil stok supplier biasanya akan mengenakan syarat sebagai contoh, “You nak angkat prepaid RM1000 you mesti angkat 5 keping starter packs”. Pulak dah…. Untuk makluman tuan-puan semua, nak jual starter packs tak la semudah menjual rpepaid… So, untuk keuntungan RM50-RM100 ini, bukan sahaja masa, tenaga, malah ianya turut memerlukan modal yang sangat besar.
Haaa… ini kalau jual prepaid cara konvensional ni. Tadi kita duk kutuk-kutuk sangat kata cara jual prepaid guna sistem MYeCASH untung ciput… At least sekurang-kurangnya dalam MYeCASH:
* Kita tak perlu memandu ke supplier untuk mendapatkan stok. Tiada masa terbuang, tiada kos petrol. Tambah modal pun boleh secara online sahaja.
* Kita tak perlu modal sampai 4-5 ribu ringgit untuk rolling.
* Kita tak di syaratkan untuk jual starter packs
* Kita tak perlu sewa kedai.
* Kita tak perlu tanggung kos api/air.
* Kita tak perlu tercongok depan kaunter dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam tunggu customer ataupun menggajikan pekerja untuk jaga kedai.
Categories : Mari Kongsi Kisah Si penjual Prepaid Yang Bukan Ahli
RSS feed for comments on this post
No Response