Penerangan ini adalah ringkas sahaja. Berpandukan kepada jadual produk list yang saya berikan sebelum ini. Sekarang ini pihak syarikat Myecash/Mymode menambah produk terbaru dengan memperkenalkan games online. Apa yang saya dapati margin jualan adalah tinggi dari jualan prepaid.
Contoh pengiraan untuk jualan Games online:
Produk CIB5 harga RM5 x50% dari point velue 10 %
5 x10%= 1.00 x50% = 50sen .
Kita akan menerima margin bonus untuk produk CIB5 yang bernilai RM5 adalah 50sen. Bagi saya ia amat tinggi. Saya tidak menggalakkan anda terlalu ghairah menjual produk games online kepada peminatnya. Hidup kita memang perlukan hiburan tapi bukan sampai membazir. Ingat! Walaupun marginnya tinggi cari custumer yang sesuai. Bagi saya kalau kita menjual kepada mereka yang gemarkan games ini sehingga membazir, Allah tidak akan membantu kita berjaya dalam perniagaan ini. Jika menjual pun had pada waktu yang sesuai dan bukan waktu orang azan kita jual dan main sekali. Jumpa lagi.
Categories : Uncategorized
RSS feed for comments on this post
No Response