Assalammualaikum.

Nama saya Hani Azura Bt Mat Saad dari simpang empat kampung kedah, Parit Buntar, Perak. Saya bekerja sebagai guru SAR/ KAFA. Memandangkan saya berminat dengan perniagaan internet saya telah menjumpai perniagaan prepaid sebagai tambahan pendapatan sampingan. Saya kini menjana pendapatan sekitar RM150- RM200 sebulan.

Saya amat meminat perniagaan internet. Salah satu daripadanya adalah perniagaan prepaid. Pendapatan yang saya perolehi amat memuaskan sebagai ganjaran atas usaha saya. Selain itu, saya ingin berjaya dalam perniagaan internet yang lain.

Tentang Mymode/MyeCash

MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-ahli (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di myecash.

Dan kini nama mymode di tukar kepada MyeCash pada pertengahan tahun 2008 dan masih kekalkan nama mymode pada laman webnya.

Saya telah membeli ebooks mentor jutawan dari Irfan Khairi dan saya dapati banyak tips yang saya perolehi dan  pelajari untuk kegunaan sebagai seorang Agen MLM. Selain dari MLM, banyak  lagi mentor jutawan yang kita yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet.

Saya tidak merasa pelaburan RM40 satu kerugian tapi keuntungan. Bagi rugi sangat jika tidak memiliki ebooks terebut. Bukan setakat bidang MLM mentor jutawan lain juga memberi pelbagai tips atas kejayaan mereka. Impian saya untuk berjaya seperti yang sudah bergelar jutawan internet. Saya akan berusaha mengikut sepertimana tips yang saya perolehi dalam ebooks tersebut sehingga saya mencapai impian. Saya akan buktikannya saya yakin saya boleh berjaya walaupun hanya menjalankan perniagaan prepaid mymode sahaja.



ShoutMix chat widget

Meta