Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Bermula esok hari Selasa 29 September 2009, jam 3.00 akan bermula cabaran Pay Per lead paling lumyan yang telah di umumkan oleh saudara Mawardee iaitu sebanyak RM2.00 per lead (iaitu setiap kali orang sign up percuma melalui link affiliate anda). 3 hari sahaja.

Oleh itu, pastikan anda sudah merancang strategi untuk mempromosi kempen ini. Ini adalah program buat duit yang lumayan kerana anda hanya perlu mempromosi orang lain untuk download laporan PERCUMA Saudara Mawardee melalui link affiliate anda.
Berikut adalah carta bagaimana saya membayar anda :
100 sign-up (lead) dan ke atas = RM 200
200 sign-up (lead) dan ke atas = RM 400
300 sign-up (lead) dan ke atas = RM 600
400 sign-up (lead) dan ke atas = RM 800
Dan begitulah seterusnya.
Setiap orang hanya layak memenangi salah satu hadiah wang tunai sahaja.
Sebagai contoh, jika anda berjaya menarik 153 orang untuk download laporan saya melalui link affiliate anda, saya akan bayar RM200, kerana berdasarkan carta di atas, anda termasuk dalam kategori 100 sign-up dan ke atas.
——————————————–
Apa yang ANDA perlu buat?
——————————————-

Langkah PERTAMA :
ANDA hanya perlu berdaftar sebagai agen affiliate
di link berikut :

http://panduanclickbank.com/rakanrahsia

Pendaftaran affiliate Panduan ClickBank telah dibuka kepada umum, termasuk anda.

Langkah KEDUA,
Anda perlu promosikan link affiliate yang diperolehi dalam akaun affiliate anda tersebut.

Sebarang cara promosi adalah dibenarkan, asalkan tidak membuat ’spam’, dan asalkan anda tidak membeli melalui
link affiliate anda sendiri.

Sebarang tindakan menyalahi peraturan di atas, akan dihapuskan keahliannya serta-merta.

Antara cara-cara promosi yang boleh dilakukan adalah :

1- pay per click
2- pemasaran email
3- forum
4- menyewa iklan di web atau blog orang lain
5- iklan di web iklan percuma
6- tulis artikel review di blog
7- promosikan di blog percuma
8- hantar email promosi kepada kawan-kawan yang anda kenali (jangan spam!)
9- Dan banyak lagi cara yang anda boleh lakukan.

Yang penting, pastikan mereka klik pada link affiliate anda. & jangan mempergunakan nama orang lain yang tak berkaitan, apatah lagi untuk membuat spam ke email-email orang yang anda tak kenali atau email yang anda perolehi tanpa izin (illegal)

Selepas cabaran Pay Per Lead ini, barulah akan bermula Cabaran RM 10,000.

Kedua-dua cabaran ini menggunakan sistem akaun affiliate yang sama. Jika anda belum daftar, saya cadangkan anda daftar dengan segera.

Yang ikhlas,

Hani

Salam Aidilfitri buat umat islam yang membaca blog ini. Kali ini saya akan berikan tips ini sebagai modal anda dalam sebuah perniagaan. Anda tahu Prepaid4u.net ia adalah kumpulan Mymode atau nama baru MyEcash. Jadi sesiapa yang sudah mendaftar di Prepaid4u.net dan masih free member dan juga yang sudah upgrade ke Vip, sila ambil perhatian dengan apa yang akan saya berikan tips.

Kebanyakan free member dalam kumpulan saya yang juga ada mendaftar dengan bisnesprepaid, menyatakan mereka kekurangan modal walaupun mempunyai minat terhadap perniagaan prepaid Mymode. Tidak kira anda seorang pelajar atau pekerja yang mempunyai income kurang dari RM500, anda masih boleh menjalankan perniagaan ini. Saya ingin memberitahu anda pendapatan saya RM535 sebulan masih mampu menjalankan perniagaan ini.

Saya mencadangkan anda menyimpan 10% dari apa yang anda perolehi. Jika anda adalah seorang pelajar yang mendapat pinjaman RM400 sebulan, simpan RM40 setiap bulan selama 6 bulan. Jadi, sudah cukup 6 bulan anda sudah ada RM240 sebagai modal. Pendaftaran RM65 sahaja dan anda akan menerima kembali RM11 sebagai modal yang akan berada dalam akaun Mymode. Pasti anda keliru akaun Mymode ni bagaimana? Kita mendaftar no hp sebagai akaun Mymode. Jadi, no hp anda adalah akaun Mymode. Mereka yang mempunyai no pin Mymode sahaja yang disahkan sebagai Agen Mymode. Sebarang urusan jualan, tajaan dan sebagainya menggunakan sms.

Anda tidak perlu risau kerana orang lain tidak boleh menggunakan no pin anda kerana no hp yang di daftarkan hanya no hp anda. Jika no hp adik anda sendiri yang bukan agen menggunakan no pin anda, tiada sebarang reply dari sistem yang kita gunakan. RM175 adalah baki dari RM240. Anda boleh gunakan untuk mendaftar kawan-kawan anda. Kerana dalam perniagaan mengutamakan pendaftaran baru untuk mengembangkan network kita. Bagi pengguna postpaid anda perlu membuat jualan minima RM100 apabila anda memperolehi pangkat CM. Pada peringkat awal anda boleh membuat jualan bawah RM100. Bagi memudahkan jualanRM100 sebulan saya cadangkan anda menjual kepada tauke prepaid. Anda boleh beri diskaun pada mereka kerana apa yang bakal anda perolehi bonus yang lebih lumayan.

Anda boleh menggunakan modal RM175 sebagai modal pusingan. Jangan lupa anda juga perlu simpan 10% sebagai simpanan tetap anda. Jadi adakah anda merasa tiada modal untuk perniagaan prepaid. Kelebihan menyimpan 10% akan anda nampak bila anda telah membiasakan diri untuk menyimpan. 6 bulan kemudian tambahkan sebagai modal lagi. Kelebihan menaja dalam Mymode, anda akan menerima bonus RM10-RM18. Nak tahu anda boleh dapatkan melalui blog ini pada artikel yang lepas. Orang yang ingin berjaya adalah orang yang sentiasa belajar untuk menimba ilmu. Jadilah orang berilmu. Saya berharap anda dan saya akan sentiasa dalam menimba ilmu. Segera upgarade ke Vip untuk menambah pendapatan serta mengetahui kelebihan dalam Mymode. Sms saya 0134072914 atau email haniazura@gmail.com .

Artikel kali ini ringkas tetapi padat. Ambil peluang musim perayaan ini dengan mengenalkan rakan anda dengan perniagaan Mymode. Bila berborak dengan rakan-rakan cuba selitkan juga perniagaan ini. Jangan biarkan mereka mendaftar melalui orang lain.

Kadangkala kita kurang peka tentang perkara ini, perkara yang tidak di sangka mungkin berlaku. Buat temujanji untuk memberi penerangan secara tepat kepada rakan anda. Mana tahu rakan anda tahu tentang Mymode tetapi kurang faham mengenainya, jadi beri kefahaman yang jelas dan padat. Anda beri sumbangan topup RM5 pada mereka sebagai satu kejutan. Berkorban modal untuk kawan apa salahnya.

Biar mereka tertarik dengan penerangan ringkas tetapi padat. Kalau mereka ingin berfikir dahulu, berikan risalah yang disediakan oleh prepaid4u pada mereka. Pengorbanan anda pasti terbalas. Saya juga sudah merasai apa yang saya korbankan. Amat berbaloi. Saya hanya korban RM5 dan masa berchit chat, apa yang saya perolehi melebihi gandaan dari apa yang saya buat. Setakat ini saja yang dapat saya berikan info terkini buat anda terutama downline saya yang kurang aktif. Selalu ke blog saya, pasti ada tips yang menarik menanti anda.

Kita perlu cermin diri kita, adakah kita ini manusia yang sempurna. Hakikat dalam sebuah perniagaan kita bermula dari bawah secara perlahan-lahan untuk sampai ke puncak kejayaan. Orang yang ingin berjaya, dia akan buangkan sikap putus ada yang ada pada dirinya.

Putus asa boleh menyebabkan prestasi diri kita menurun. Cuba kita lihat bangsa lain terutama bangsa cina. Mereka tidak nampak sikap putus asa dalam berniaga. Tidak kira mereka berniaga apapun, mereka berusaha untuk mencapai keuntungan maksimum. Mereka tidak berhenti tanpa sebab, kerana ia adalah pendapatan mereka.

Perniagaan Mymode adalah pendapatan sampingan. Tidak mustahil kalau pendapatan sampingan ini boleh menjadi pendapatan tetap. Kalau orang yang pandai berbicara tentang insurans sebagai pendapatan sampingan, tidak mustahil dia boleh menjadi jutawan. Perniagaan mymode boleh menjadi menguntung semua orang jika kita bersama-sama bekerjasama.

Setiap agen akan melalui pangkat MA>MM>upgrade MP(-RM30)dalam akaun Mymode>CM. Upgrade MP banyak kelebihannya bila kita nak upgrade. Tidak rugi. Kita upgrade cuma sekali (-RM30) . Setiap kali pendaftaran selepas kita upgrade MP ada tambahan RM8. Biasanya kita daftar agen baru RM10 + bonus MP RM8= RM18. Bila anda mendapat 2 orang agen baru (CM) bonusnya RM36. RM30 dapat balik +RM6 kira extra bonus. Siapa nak bagi duit extra ni kalau anda seorang yang putus asa.

Jadi kalau kawan-kawan di luar sana yang berminat nak sertai Mymode. Jadikan pelanggan tetap anda sekelian agen Mymode. Katakan pada mereka bonus tajaan amat lumayan. Jualan prepaid hanya sekadar sampingan dalam mymode. Perniagaan Mymode hanya memerlukan anda mendapat mengembangkan network anda sebanyak mungkin. Kita hanya perlu memenuhkan level 1 sebagai CM. Kemudian Level 1 ini akan memenuhkan kumpulan mereka sebagai CM juga. Bermakna bila kita CM dan membantu level 1 menjadi CM. Ada juga downline yang dapat memotong upline. Katakan saya baru pangkat Star CM tetapi ada downline saya yang sudah berpangkat 2 Star CM. Bonus yang dia akan perolehi akan melebihi dari apa yang saya dapat.

Bonus MP kita akan terima bila kita upgrade MP. kalau kita dah bantu downline kita sampai MP pun dia xupgrade kita akan merasa keuntungan yang berterusan. Jika sebaliknya bonus kita akan kembali kepada yang asal. Jika kita penuhkan level 1 untuk capai pangkat CM kita akan terima bonus RM1 tajaan + bonus MP RM8=RM9. Apabila downline kita upgrade MP kita akan dapat RM1 bila ada tajaan baru dari downline yang sama. Ini bermakna sistem mymode adil supaya setiap agen akan merasai keuntunganya.

Bukan semua downline level 1 ni yang upgrade MP. Itu pilihan mereka. Jadi tiada paksaan dalam perkara ini. Bagi saya amat rugi bila kita aktif menaja kita upgrade MP. Adakah anda ingin berhenti dari mymode bila tahu perkara. Bagi yang tidak tahu, sekarang dah tahu kelebihannya. Jadikan ia pembakar semangat untuk teruskan bersama mymode. Saya harap anda dapat membuang sikap putus asa ini dalam diri. Buangkan yang keruh ambil lah yang jernih. Saya doakan anda berjaya mencapai impian.

Penerangan ini ringkas dan mudah difahami. Jika anda adalah pengguna maybank2u memang mudah untuk anda faham. Saya harap dengan perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan supaya anda dapat menjalankan perniagaan prepaid dengan lebih lancar lagi.

Klik link ini untuk panduan menambah modal dengan Maybank2u :Read more: Tambah modal MyMode MYeCASH melalui maybank2u

Oleh kerana anda sudah masuk ke laman forum prepaid4u, saya sarankan anda mendaftar supaya anda dapat belajar tentang perniagaan prepaid ini. Klik login dan ikut langkah seterusnya untuk mendaftar. Banyak tips dan info yang berguna buat anda yang masih baru dalam mymode.


Salam semua pembaca, lama saya sungguh saya tidak update post. Tapi kalau sebulan sekali kira ok juga la dari xupdate langsung pelawat pun xnak berkunjung. Tapi saya akan mencuba melakukan update sekali seminggu.

Sikap malas dan rajin adalah 2 sifat yang berbeza yang ada pada setiap manusia. Sesiapapun xboleh lari dari kedua sifat ini. Serajin mana pun seseorang sifat malas pasti ada dalam dirinya. Dalam perniagaan MLM seperti Prepaid MyeCash ini salah satu faktor orang jarang ambil berat. Apabila seseorang mendaftarkan diri dalam MLM, yang wajib dilakukannya mencari rakan untuk bekerjasama. Kita dalam sebuah kumpulan tidak akan kukuh jika kita tidak bekerjasama.

Apalagi yang perlu kita titik beratkan dalam MLM. Ia adalah kenyakinan yang kuat mengatasi kelemahan kita. Fokus untuk menambah sumber kewangan. Dalam Myecash apa marketing utama untuk meningkat prestasi modal kita. Marketing utama dalam MyeCash mendapat seberapa banyak pendaftar baru. Semakin banyak network kita berkembang dan bekerjasama semakin besar pendapatan kita. Anda pernah dengar ke buka kedai makan terus untung banyak. Jika anda sendiri bercita-cita untuk membuka restaurant anda pasti ke, anda akan mendapat keuntungan berlipat ganda pada hari pertama. Pasti tidak. Mungkin cukup makan sahaja atau balik modal yang keluarkan saja pada pertama. Ingat anda sudah keluarkan modal untuk menyewa bangunan dan peralatan masak dan sebagainya.

Begitu juga dengan MyeCash, xkan masuk hari pertama dah tanya macamana keluar duit keuntungan. Jika anda ingin target untuk keluarkan modal biar melebihi dari RM3 ribu. Mula target RM50 sebulan, bulan ke 2 RM100 dan seterusnya. Saya berada dalam MyeCash sebab saya tahu keuntungan pasti akan kita perolehi jika buat apa yang pihak MyeCash nak. Tidak salah kalau kawan-kawan sekeliling kita daftar sebagai agen prepaid. Setidaknya dia dapat topup bila-bila masa. Jangan fikir sangat margin jualan yang rendah. Kalau modal anda RM150 anda daftar 2 agen baru, anda dapat RM20 berbanding jika anda menjual nilai topup RM10 x 15= anda dapat dalam RM3 sahaja. Yang mana anda pilih.

Kita harus buat sesuatu dengan penuh kenyakianan. Jika anda tiada kenyakinan diri, pekerjaan anda juga akan berada di tahap yang sama. Anda tiada usaha untuk meningkatkan prestasi kerja, bagaimana anda mendapat cemerlang atau kenaikan pangkat. Bila anda yakin pada diri sendiri boleh melakukannya kemudian berdoa dan bertawakal pada Allah, pasti Allah akan memberi jalan kepada kita. Tanpa usaha kejayaan pun kita tidak akan capai. Jika anda benar-benar ingin menceburi dalam perniagaan prepaid saya akan berikan anda guideplan supaya anda boleh membaca serta memahaminya. Jika anda kurang faham email saya haniazura@gmail.com atau sms 0134072914.

Saya berharap bagi yang tidak aktif, kembali aktif untuk kita sama-sama bekerjasama untuk kita sama-sama mencapai impian. Impian ada dalam tangan kita. Kita perlu mengenggamnya supaya tidak terlepas dari apa yang kita mahukan. Anda sendiri faham apa yang perlu anda lakukan sekarang. Buangkan sifat malas dan bangunkan sifat rajin untuk meningkat prestasi dalam perniagaan MyeCash. Semoga anda berjaya mencapai impian.

Salam Ramadhan buat anda. Rasanya tidak ketinggalan jika saya ucapkan Selamat bepuasa semoga ibadah kita Allah terima dunia akhirat, semoga ia akan berterusan sampai bila-bila.

Begitu juga dengan bidang perniagaan Prepaid ini, tiada yang mudah dalam perniagaan. Semua orang ingin berjaya dan mendapat income yang lumayan. Bagaimana? Adakah bila kita daftar sebagai agen prepaid MyEcash, dalam benak fikiran kita, kita jual prepaid ini dapat untung yang lumayan, berganda-ganda tanpa keluarkan modal. Bila tahu saja kena keluar modal sendiri, nak fikir dulu. Ok, sekarang anda sendiri buka sebuah syarikat yang sama seperti MyEcash cuba beri keistimewaan pada agen anda, daftar agen tanpa modal. Cuma beri duit pendaftaran RM65 juga. selepas pendaftara mereka dapat RM100. Kemudian suruh mereka jual dengan duit modal dari syarikat kepunyaan anda sendiri.

Zaman sekarang, adakah semua manusia itu jujur? Selepas menjual prepaid suruh mereka masukkan semula duit tersebut sebagai pusingan modal. Anda berikan bonus jualan, jual prepaid apa-apa jenis telco agen dapat RM1.00 . Bolehkah anda berikan begitu kepada semua agen yang mendaftar dengan syarikat anda. Adakah semua pendaftar ini jujur? Bagaimana jika mereka tidak berbuat demikian? Sudah pasti anda akan gulung tikar.

Kita lupakan apa yang belum pasti. Jadi di sini, anda sudah mendaftar sebagai agen prepaid MyEcash yang tidak aktif. Adakah anda tidak aktif kerana modal. Dalam ramai agen, pelbagai cara mereka gunakan untuk mencari keuntungan. Bagi anda yang tidak aktif melebihi 6 bulan akan ddikenakan caj RM2 untuk aktif semula. Melalui pengalaman seorang agen, dia menggunakan modal yang ada padanya untuk mendaftar agen baru. Rm150 modal dalam akaun MyEcash, dia mencari 2 agen baru. Dia akan menerima bonus RM20 kerana mendaftar agen baru dan wang dari pendaftaran 2 agen baru RM130 dimasukan semula sebagai modal. Kemudian dia mencari lagi, sasaran mereka yang selalu topup kredit dengannya.

Awak adalah pelanggan tetap saya dan saya nasihatkan sebaiknya awak menjadi agen bawah kumpulan. Pertama awak akan mendapat bonus jualan awak sendiri dan mencari agwn baru sepertimana yang saya buat, perlu rajin awak akan menerima pendapatan yang lumayan. Ini bermakna sambil anda topup kegunaan sendiri anda akan mendapat bonus tajaan RM10 setiap pendaftaran.

Kalau anda membuka sebuah kedai makan, apakah jaminan anda untuk mendapat keuntungan yang sama dengan mereka yang sudah mendapat ramai pelanggan. Begitu juga dengan perniagaan prepaid, kita tidak akan mendapat keuntungan yang lumayan jika suka menjual sahaja. Kebiasaan agen yang hanya suka menjual dan malas untuk mencari downline akan cepat bosan sebab dapat bonus sedikit. Jangan menyesal jika andasebagai agen tidak memperolehi keuntungan yang anda inginkan berbanding dengan mereka rajin. Nasihat saya ubah pendirian dan sikap anda untuk berjaya. Jangan terlalu mengharap upline dapat membantu. Upline boleh membantu downline untuk level 1 sahaja. Bagi downline jangan terlalu seronok bila upline membantu kerana mereka akan berhenti membantu apabila cukup syarat dan downline anda juga aktif. Jika anda aktif mereka juga turut aktif membantu anda.

Inilah keadilan yang ada pada MyEcash. Apabila upline membantu mencukupkan saf downline anda, anda juga perlu aktif. Apabila anda berjaya membantu downline anda pula, kita sudah berjaya mengembangkan kumpulan kita. Kita sama-sama memperolehi keuntungan dari perniagaan prepaid. Jadi bagi mereka yang hanya ketawakan kita dulu pasti berminat untuk mendaftar sebagai agen. Jadi, aktifkan semula MyEcash anda untuk melihat kejayaan anda. Semoga kita bersama-sama mencapai impian kita. Jangan lupa Allah yang telah memberi kejayaan keppada kita atas usaha kita sendiri.

Berjumpa lagi kita pada hari ini. Mungkin anda juga senang menanti artikel baru dari saya. Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Umur kita masih panjang, pasti pelbagai dugaan Allah berikan pada kita perantaran Ramadhan 1429 dengan Ramadhan 1430, mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa, inya-Allah.

Berbalik kepada tujuan saya menulis artikel ini, dalam perniagaan MLM mana pun mencari downline adalah perkara utama. Begitu juga dalam perniagaan MyeCash kerana ia dalam bentuk MLM. Selagi kita tidak mendapat downline 4 orang secepat mungkin, kita akan menerima komisyen bonus hanya dari jualan kita. Dalam MyeCash syarat mendapat tambahan komisyen dari downline kita perlu 4 orang rakan.

Tidak rugi manapun kalau sesama rakan masuk perniagaan ini, setidaknya kita ada ahli keluarga yang ramai dan juga pengguna prepaid, mereka adalah pelanggan utama kita. Mereka juga boleh menjadi agen seperti kita dan membuat jualan dari rumah. Iklankan perniagaan kita kepada kawasan tempat kita. Kita tetap ada rezeki. Jika orang yang sudah berjaya dalam perniagaan ini yang hanya bermula dari modal yang sikit tanpa ada sikap putus asa, dialah orang yang berjaya.

Kita menerima komisyen pada setiap khamis, bagi saya walaupun sedikit yang kita perolehi adakah kita akan bersusah payah untuk ke kedai. Adakah tauke kedai beri anda bonus bila anda beli topup RM5. Hanya melalui MyeCash kita akan menerima bonus walaupun topup RM5. Kita tidak perlu merungut-rungut komisyen yang dapat sikit. Kita bermula dari bawah xkan nak dapat komisyen yang tinggi.

Saya ada 1 jalan supaya kita tidak kekeringan modal. Ia mungkin dah lari dari tajuk asal artikel ini. Terpulang pada anda. Hanya buat amaljariah RM5  di sini . Ini hanya cadangan sahaja tapi terpulang kepada anda untuk mencari modal tambahan untuk perniagaan MyeCash.

Salam buat pembaca di Myecash. Di sini saya ingin memberitahu anda kelebihan anda bersama mymode/myecash . Sebagai agen anda di galakan untuk masuk program Khairat Kebajikan MCCP. Sumbagan anda hanya RM0.50 sebulan sudah memadai. Kadangkala malang tidak berbau, apa yang kita sumbangkan dapat membantu sesama agen. Pewaris kita juga akan menerima RM2000 ribu jika berlaku kematian. Kita tidak boleh lari dari maut tetapi dapat membantu mereka yang masih hidup.

Jadi anda sebagai seorang agen digalakan masuk dalam program ini. Anda boleh dapatkan borang tersebut di MCCP Application Form (Printable Version) .

Untuk kepastian dalam program ini anda boleh baca maklumat ini

Tahukah anda? Ramai dari kita yang memiliki emas tetapi tidak kaya dengannya. Apa yang kita tahu hanyalah GADAI, JUAL dan BELI SEMULA. Dengan berbuat sebegitu semata-mata, anda telah membiarkan KEUNTUNGAN EMAS anda hilang begitu saja.

Inilah yang sering berlaku pada kita, gadai, jual beli emas, anda tetap rugi/untung sedikit. Mengapa? Kerana anda tidak tahu yang sebenarnya, tokey-tokey emas dan pajak gadai itu telah mencuri keuntungan emas anda yang sebenarnya.

Dapatkan panduan emas sekarang.

Mereka beli emas anda dengan harga yang amat murah, tapi menjualnya berkali-kali ganda. Sebenarnya ramai di antara kita telah terkena! Maka tidak hairanlah barangan kemas pusaka nenek moyang anda seperti kurang nilainya apabila dijual kepada mereka.

Kini, anda tidak perlu lagi tertipu dengan mereka.

Sebuah ebook “Panduan Pelaburan Emas” telah dihasilkan oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Team Rahsiaemas. Dalam panduan tersebut, mereka menunjukkan selok-belok di dalam pelaburan emas. Selepas ini, anda bukan saja mampu mengaut untung dengan barang kemas milik anda, tetapi anda mampu mempelajari berbagai-bagai lagi ilmu pelaburan emas yang tidak pernah anda ketahui sebelum ini.

Dapatkan panduan emas sekarang


ShoutMix chat widget

Meta